Minggu, 26 Juni 2016

Menjadi Suami Yang Baik Menurut Islam

Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin isteri dan anak-anaknya ke syurga Allah. Jangan terkejut kerana pada hari ini ramai suami yang dianggap dayus kerana tidak mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik. Hal ini sedikit sebanyak memberikan imej negatif kepada orang lelaki terutamanya. Jadi, di sini terdapat beberapa tips yang dikongsikan tentang menjadi suami yang soleh.

#1 Menjadikan Masjid Lekat Di Hati

Suami haruslah menjadikan rumah Allah itu sebagai salah satu destinasi utamanya setiap hari. Biarpun meredah kesibukan seharian dalam bekerja, cubalah mencuri-curi masa untuk bersolat berjemaah di masjid. Ini jelas bahawa suami yang baik dan diredhai oleh Allah adalah yang mana kakinya sentiasa rajin ke masjid. Biarkan hati kita ini sentiasa lekat kepada masjid. Isteri pula akan menunggu kepulangan suaminya di pintu rumah. Manis bukan?

#2 Menunaikan Tuntutan Nafkah

Nafkah adalah wajib seperti mana ada disebutkan dalam al-Quran. Suami wajib memberikan tempat tinggal, makanan serta pakaian buat si isteri. Tidak kisahlah sama ada suami itu susah ataupun senang, dirinya perlu berusaha sedaya supaya memastikan bahawa segala tuntutan nafkah itu sentiasa dipenuhi. Suami perlu ingat, apabila sudah berkahwin maka segala apa yang dilakukan hendaklah ia berkongsi sama. Jika suami makan, isteri juga harus makan. Jika suami berpakaian, begitulah juga isteri diberikan pakaian.

#3 Penawar Buat Isteri

Suami harus menjadi penawar buat isteri. Penawar yang bagaimana? Jika isteri bersedih, ketawa, gembira maka suami mestilah berada disampingnya. Dengarkan luahannya yang mana mungkin ia hanya diluahkan sekali sahaja. Jadilah pendengar yang setia tatkala isteri mahu berkongsi rasa. Elakkan daripada meninggikan suara kepada isteri. Cukuplah menegur kesalahannya dengan penuh rasa hikmah tanpa rasa seolah-olah cuba mahu memalukannya.
LIMITED TIME ONLY. Shop and get 15% OFF on ZALORA now!

#4 Taat Pada Perintah Allah

Mentaati segala perintah Allah SWT, dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Jika itu yang dilakukan, ia adalah contoh suami yang baik. Suami tidak akan membiarkan keluarga yang dibina itu, tidak  berlandaskan kepada syariat Islam. Adakah kita mahu mewariskan perbuatan buruk kita kepada generasi kita pada masa akan datang? Sudah tentu tidak bukan.

#5 Menjaga Aib Isteri

Samalah juga seperti isteri perlu menjaga aib suami, begitu juga suami wajib menjaga aib isteri. Kita melihat atas faktor keaiban ini merupakan satu rahsia rumah tangga yang tidak perlu dihebah-hebahkan kepada orang lain. Boleh jadi keaiban yang disebar-sebarkan menjadi satu fitnah buat keluarga kita. Berfikir dahulu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar